Wednesday 29 February 2012

Laluan merentas desa/menjejak kota bersejarah SKBH 2012


Kejohanan Sepak Takraw MSSNM Kawasan Bukit China

From text messaging(SMS) sent by Coach Azmidy, it was confirmed that our Sepak takraw team managed a third placing in the competition. Bravo SKBH, you have managed to improve on our ranking compared to last year.
Congratulations once again...

(Photos taken from Coach Azmidy's fb)

Tuesday 28 February 2012

Happy Birthday

Happy Birthday Cikgu Nor Aida. Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.
Born 29 February. kokuskbh would like to wish now hence he forgets, he will have to wait another 4 years.

Kejohanan Sepak Takraw MSSNM Kawasan Bukit China

Gambar pemain-pemain pasukan Sepak Takraw SKBH bersama Coach Azmidy, Manager Khairi dan Mr Edie Gan. Menurut sumber yang memang boleh dipercayai(dari FB Coach Azmidy) pasukan Sepak Takraw SKBH berjaya meneruskan perjuangan ke quarter-final esok. TAHNIAH!!!

Monday 27 February 2012

Happy Belated Birthday

Unit Koku SKBH would like to wish Happy Belated Birthday to:
Mdm. Jennifer Monica Leong(3/1)
Miss Goh Poh Heoh(4/1)
Mr Edie Gan(10/1)
Puan Farah Hayati(14/1)
Puan Siti Aminah(12/2)
Puan Safiah(22/2)

Penyerahan Simbolik III

GB SKBH membuat penyerahan simbolik kepada coach En. Azmidy dan kapten Pasukan Sepak takraw SKBH yang akan menyertai Kejohanan Sepak takraw MSSNM Kawasan Bukit China di SMK Seri Kota pada 28-29 Februari. Marilah kita sama-sama memberi sokongan padu kepada pemain-pemain kita.
SKBH(BHES) is the BEST.

Saturday 25 February 2012

Le Tour de Langkawi(Bicycle Parade)

Kelab Basikal SKBH telah mengambil bahagian dalam 'Bicycle Parade' bagi menyambut penunggang basikal antarabangsa dalam Le Tour de Langkawi.

              Ahli Kelab Basikal SKBH bersama En. Edie Gan

Friday 24 February 2012

Kejohanan Akuatik MSSNM

Kejohanan Akuatik MSSNM telah berlangsung di Pusat Akuatik Hang Jebat pada 21-23 Februari. Walaupun pasukan Akuatik SKBH tidak membawa balik sebarang pingat, mereka telah mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam menyaingi perenang-perenang lain yang lebih 'established'. Syabas.
Penghargaan juga kepada En. Chong yang sanggup meluangkan masa dari awal pagi hingga senja bersama-sama dengan pasukan akuatik SKBH.

Monday 20 February 2012

Perhimpunan Rasmi SKBH

Gambar beramai-ramai Pasukan Bola Tampar SKBH bersama-sama GB, GPK Koku, Encik Yahya, dan Puan Siti Aminah. Syabas Ammar Aiman, Mohamad Faiezal, Nur'azam, dan Wan Ahmad Alfuzulie kerana terpilih untuk mewakili Kawasan Bukit China

Penyerahan Simbolik II

GB menyerahkan bendera kepada En. Chong dan ketua pasukan Akuatik sekolah yang akan menyertai Kejohanan Akuatik MSSN Melaka di Stadium Akuatik Hang Jebat esok.

Friday 17 February 2012

Kejohanan Bola Tampar MSSNM Kawasan Bukit China(Hari Ketiga)

Pasukan Bola Tampar SKBH berjaya mendapat tempat ketiga dalam kejohanan ini. TAHNIAH!!! Syabas juga diucapkan kepada Ammar Aiman, Mohamad Faiezal, Nur'azam, dan Wan Ahmad Alfuzulie kerana terpilih untuk mewakili Kawasan Bukit China. Penghargaan yang tidak terhingga kepada Cikgu Yahya dan Puan Siti Aminah(kerana sudi menghitamkan muka menurut Encik Yahya) yang mengiringi pemain-pemain ke kejohanan tersebut. 

    Pemain-pemain Bola Tampar dengan pingat masing-masing.
                     (Gambar diambil dari fb Encik Yahya)

Wednesday 15 February 2012

Kejohanan Bola Tampar MSSNM Kawasan Bukit China(Hari kedua)

Tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Tampar SKBH kerana berjaya menjadi Johan Kumpulan. Congratulations also goes to Encik Yahya and Puan Siti Aminah for their coaching and support to the team. Tomorrow's semi final match against SJKC Catholic is scheduled at 11.00 a.m.
Gambateh SKBH.


Monday 13 February 2012

Perhimpunan Rasmi SKBH

Pemain-pemain golf SKBH dengan sijil masing-masing. Ammar Aiman adalah pemain keempat terbaik negeri Melaka dalam kategori B12 tahun. Tahniah!!!


Penerangan berkaitan aktiviti kokurikulum disampaikan oleh GPK Koku. Ini juga merupakan ucapan pertama beliau dalam perhimpunan rasmi.



Penyerahan Simbolik I

GB menyerahkan bola tampar kepada Encik Yahya dan Ketua Pasukan yang akan membawa nama SKBH ke  Kejohanan Bola Tampar MSSNM Kawasan Bukit China esok.

Kejohanan Bola Tampar MSSNM Kawasan Bukit China

Pasukan Bola Tampar SKBH akan mempertahankan kejuaraan dalam kejohanan kali ini bermula 14-16 Februari 2012 di SJKC Katholik. Semoga pasukan bimbingan Encik Yahya akan memperoleh kejayaan.

Do your best to be the best among the best and never say die.

Wednesday 8 February 2012

Kejohanan Golf MSSNM

SKBH dengan diwakili oleh:
Ammar Aiman b. Abd. Bahar
Khairy Aizat b. Syafique
Addie Akasha b. Abd. Bahar
Khairul Azim b. Jasman
telah menyertai Kejohanan Golf MSS Negeri Melaka pada 8 Februari 2012 di Ayer Keroh Country Club.
Ammar Aiman telah berjaya mengharumkan nama SKBH dengan merangkul tempat keempat dalam kategori B12 tahun Lelaki dengan membuat 61 pukulan. Beliau ketinggalan 8 pukulan dari peserta tempat Pertama dan 1 pukulan dari peserta tempat Ketiga dalam '9 holes' secara 'Shot gun start'.

Syabas dan tahniah.

Para pemain bersama Mr. Edie Gan selaku Guru pengiring