Monday, 19 March 2012
Penyerahan Simbolik V
Thursday, 8 March 2012
Kejohanan Tenpin Bowling MSSN Melaka 2012
Tahniah kepada Pasukan Tenpin Bowling SKBH kerana hampir berjaya menyapu
bersih tempat untuk mewakili Melaka ke peringkat Kebangsaan. Ainul
Naim, Muhammad Akmal dan Zaiduchairy Zachry berjaya menempatkan diri
dalam skuad Melaka. Dalam Masters Event, juaranya ialah Ainul Naim dan
Muhammad Akmal mendapat keempat. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada
Coach Sariah dan Manager Yahya atas usaha murni mereka.
BHES is the BEST.
BHES is the BEST.
Tuesday, 6 March 2012
Kejohanan Sepak Takraw MSSN Melaka 2012
Pasukan Bukit China yang diwakili oleh salah seorang pemain dari SKBH telah berjaya mendapat tempat ketiga. En Azmidy dari SKBH juga merupakan Assistant Coach bagi pasukan B12 ini. Tahniah la coach.
![]() |
| Asst. Coach(diambil from fb En. Nor Azmidy) |
Kejohanan Tenpin Boling MSSN Melaka 2012
Pasukan Tenpin Bowling SKBH sekali lagi menunjukkan bahawa ia masih merupakan pasukan yang mantap dan harus digeruni oleh pasukan-pasukan yang lain. Selepas berakhirnya hari pertama kejohanan, SKBH berjaya meraih beberapa kejayaan.
i) johan dan naib johan acara berpasukan
ii) tempat kedua, ketiga dan keempat acara bergu
iii) tempat kedua, ketiga dan keempat acara perseorangan
v) best bowler dalam satu game
vi) 4 bowler terpilih untuk acara Masters, yang akan diadakan pada hari Khamis ini.
i) johan dan naib johan acara berpasukan
ii) tempat kedua, ketiga dan keempat acara bergu
iii) tempat kedua, ketiga dan keempat acara perseorangan
v) best bowler dalam satu game
vi) 4 bowler terpilih untuk acara Masters, yang akan diadakan pada hari Khamis ini.
![]() |
| SKBH A(gambar from fb En. Yahya) |
![]() |
| SKBH B(gambar from fb Encik Yahya) |
Perkhemahan TKRS Peringkat Negeri 2012
Perkhemahan TKRS diadakan di Kem Pengakap Tan Chay Yan, Bukit Katil. Perkhemahan ini dihadiri oleh 150 orang ahli-ahli kadet TKRS seluruh negeri Melaka. Ahli TKRS SKBH seramai 3 orang iaitu Muhammad Alif Irfa, Muhammad Izhar, dan Muhammad Afiq Al-Asri juga turut serta dalam perkhemahan ini. Objektif utama perkhemahan ini adalah untuk memilih wakil untuk ke Perkhemahan Perdana TKRS yang julung-julung kalinya akan diadakan di Kem Santubong, Sarawak.
Penyerahan Simbolik IV
GB telah menyerahkan secara simbolik obor sekolah kepada Coach Sariah dan Kapten Pasukan Tenpin Bowling yang akan menyertai Kehohanan Tenpin Bowling MSSN Melaka pada 6-8 Mac di Ampang Bowl di Mahkota Parade. Semoga meraih kejayaan dan sukses.
Monday, 5 March 2012
Perhimpunan SKBH 5/3/2012
PIBG telah memberikan sedikit sumbangan kepada Wan Ahmad dan Ammar Aiman yang akan mewakili negeri Melaka dalam Kejohanan Bola Tampar MSSM di Sarawak.
Ujian SEGAK
SKBH telah mengadakan ujian SEGAK(Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan) untuk murid-murid Tahun 6 pada 3/3/2012. Bateri ujian yang diberikan ialah:
a) Naik turun bangku(3 minit)
b) Tekan tubi(1 minit)
c) Ringkuk tubi separa
d) Jangkauan melunjur
e) Pengukuran BMI
Tatapilah gelagat murid-murid yang terlibat dalam ujian tersebut.
a) Naik turun bangku(3 minit)
b) Tekan tubi(1 minit)
c) Ringkuk tubi separa
d) Jangkauan melunjur
e) Pengukuran BMI
Tatapilah gelagat murid-murid yang terlibat dalam ujian tersebut.
Saturday, 3 March 2012
Congratulations...
Unit Koku SKBH ingin mengucapkan tahniah kepada En. Nor Azmidy yang dilantik sebagai Penolong Jurulatih Pasukan Sepak Takraw MSS Melaka Kawasan Bukit China. Syabas juga kepada murid SKBH, Muhammad Zariff Danish, yang terpilih mewakili KBC.
SKBH(BHES) is the BEST.
SKBH(BHES) is the BEST.
Friday, 2 March 2012
Happy belated Birthday GB
Unit Kokurikulum SKBH would like to wish the Headmaster of SKBH, En. Kamaruddin Ahmad, Happy belated Birthday who is celebrating his born day on 1st. March.
![]() |
| Happy Birthday Boss |
Subscribe to:
Posts (Atom)





















