Thursday 1 March 2012

Mesyuarat Pengurus Pasukan Kejohanan Bolasepak MSSNM Kawasan Bukit China

Petang tadi, mesyuarat Pengurus Pasukan Sekolah-sekolah Kawasan Bukit China telah diadakan di Bilik Gerakan Parameswara, SKBH yang dipengerusikan oleh En. Edie Gan. S/U Sukan, En. Yahya Sidek, S/U Koku, Cik Suraiya, Pengurus Pasukan Bolasepak SKBH, En. Hasrol turut hadir dalam mesyuarat tersebut. Taklimat teknikal bolasepak disampaikan oleh En. Mohd. Fauzi(Pengerusi Teknik Sek. Ren. KBC). Undian telah dibuat  dimana SKBH adalah dalam kumpulan yang sama dengan johan tahun lepas SK Bachang. Menurut En. Hasrol beliau tidak gentar dengan SK Bachang. "Bola itu bulat," katanya lagi.
Itulah SEMANGAT BHES.

1 comment: